SC dakwa individu kerana Dagangan Orang Dalam saham APL Industries Bhd
9 Disember 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini mendakwa Tiong Kiong Choon (Tiong) bagi kesalahan dagangan orang dalam di bawah Seksyen 188 (2) (a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Tiong didakwa melupuskan 6,208,500 saham-saham APL Industries Bhd (APLI) ketika memiliki maklumat bukan awam berhubung dengan pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI, yang akan menyebabkan APLI menanggung kerugian yang lebih tinggi berjumlah RM21.1 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2007 berbanding keputusan belum diaudit sebanyak RM4.5 juta untuk tempoh yang sama. Kesan daripada pelarasan itu akan menyebabkan APLI ditetapkan sebagai syarikat PN17.

Tiong melupuskan saham-saham APLI tersebut melalui akaun milik ibu mentuanya, Bong Nyon dan ibunya, Ling Moy Yang pada 26 Oktober 2007 dan 29 Oktober 2007.

Tiong mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Bin Daud menetapkan jaminan sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga memerintahkan supaya Tiong menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Tiong adalah remisier dengan salah satu daripada syarikat-syarikat broker saham di Kuala Lumpur.

Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara mandatori tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup