SC Dakwa Pengarah Transocean Holdings Berhad dan Dua Individu Atas Kesalahan Dagangan Orang Dalam
8 Disember 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa seorang pengarah Transocean Holdings Berhad (THB) dan dua individu lain atas kesalahan dagangan orang dalam. Tan Swee Hock, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperoleh 632,700 unit saham Transocean Holdings Berhad antara 20 Ogos 2009 dan 6 November 2009 ketika memiliki maklumat bukan awam.

SC mendakwa maklumat material bukan awam yang disebut dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan saham THB oleh Kumpulan Kenderaan Malaysia Berhad. Tawaran pengambilalihan telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 6 November 2009.

Tan, yang menghadapi sejumlah 28 pertuduhan dikatakan telah memperoleh saham THB melalui akaun yang dimiliki oleh dua individu, Chan Sze Yeng dan Yap Lee Lee. Chan dan individu lain, Cheng Seng Chow kedua-duanya dituduh bersubahat dengan Tan dalam perlakuan kesalahan tersebut di bawah seksyen 370(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Pertuduhan terhadap Tan, Chan dan Cheng dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid bin Daud. Tan, Chan dan Cheng dibenarkan ikat jamin masing-masing sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin. Mereka juga telah diarahkan untuk menyerahkan passport mereka. Semua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadap mereka.

Kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2) CMSA boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup