SC dan Bursa Lanjut Penggantungan Sementara Jualan Singkat Ketika Ketidaktentuan Covid-19
28 April 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) telah melanjutkan penggantungan sementara bagi jualan singkat sehingga 30 Jun 2020.

Penggantungan sementara tersebut, yang bermula pada 24 Mac 2020 pada awalnya dijangka berakhir pada 30 April 2020. Ia diperkenalkan oleh SC dan Bursa Malaysia, sebagai sebahagian daripada siri langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul dengan meningkatnya ketidaktentuan dan ketidakpastian di peringkat global berikutan pandemik Covid-19. Ia melibatkan penggantungan Jualan Singkat Intra Hari (Intraday Short Selling - IDSS) dan Jualan Singkat Terkawal (Regulated Short Selling - RSS), serta jualan singkat oleh Pedagang Harian Proprietari. Penggantungan tersebut bagaimanapun tidak membabitkan Jualan Singkat yang Dibenarkan (PSS).

Pelanjutan penggantungan sementara tersebut akan memastikan langkah-langkah pengurusan pasaran kekal tersedia, untuk mengurus risiko di tengah-tengah persekitaran pasaran yang amat tidak menentu dan mencabar ketika pandemik Covid-19, serta untuk mengurangkan mana-mana aktiviti spekulasi berlebihan dalam pasaran.

Penggantungan sementara jualan singkat tersebut kekal sebagai langkah jangka pendek demi kestabilan dan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan yang mempengaruhi pasaran sekuriti dan menilai kecukupan langkah-langkah yang sedia ada bagi menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan potensi risiko.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup