SC dan Bursa Malaysia Beri Pengecualian kepada Syarikat Memohon Penyenaraian
19 Mac 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) hari memberi butiran lanjut mengenai langkah pelepasan tambahan di bawah Program Strategik PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 17 Mac 2021.
Langkah-langkah ini, yang merangkumi pengecualian selama 12 bulan dan rebat ke atas fi yang berkaitan penyenaraian, akan mengurangkan kos pengumpulan dana bagi syarikat dan menyediakan lebih kelegaan kewangan kepada penerbit tersenarai. Butiran mengenai langkah-langkah ini termasuk –
1. Pengecualian selama12 bulan untuk fi berkaitan penyenaraian bagi IPO berkuat kuasa17 Mac 2021
  a. Pengecualian 100% ke atas fi pemprosesan, termasuk fi pendaftaran prospektus bagi syarikat yang memohon penyenaraian di Pasaran ACE dan LEAP, serta syarikat yang mempunyai permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta di Pasaran Utama;
  b. Pengecualian 100% ke atas fi awal dan fi penyenaraian tahunan bagi syarikat dengan permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta;
  c. Pengecualian 50% ke atas fi awal dan fi penyenaraian tahunan bagi syarikat dengan permodalan pasaran sebanyak RM500 juta dan ke atas.
2. Rebat sebanyak 50% daripada fi penyenaraian tahunan bagi tahun 2021 bagi penerbit tersenarai yang memenuhi kriteria berikut:
  a. Permodalan pasaran di bawah RM500 juta setakat 31 Disember 2020;
  b. Melaporkan kerugian kewangan yang dikira dengan kerugian Kumpulan setelah cukai dalam laporan suku tahunan bagi suku tahun yang berakhir pada mana-mana tarikh antara 1 Februari hingga 30 April 2021 (termasuk tarikh tersebut) walaupun tarikh penyerahannya adalah sama.
3. Pengecualian ke atas fi pemprosesan, semakan dan penyenaraian bagi cadangan regularisasi yang diterima sebelum 31 Disember 2021 untuk –
  a. Penerbit tersenarai yang telah diklasifikasikan sebagai syarikat PN17/GN3;
  b. Syarikat tunai seperti yang ditetapkan dalam perenggan 8.03 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE;
  c.

Syarikat dengan tahap operasi yang tidak mencukupi seperti yang ditetapkan dalam Perenggan 8.03A Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai sekiranya langkah-langkah lebih lanjut diperlukan untuk menyokong penerbit tersenarai sepanjang tempoh yang mencabar ini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup