SC dan Bursa Malaysia Lanjutkan Fleksibiliti Pembiayaan Margin Sementara Sehingga 31 Disember 2020
28 September 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) melanjutkan langkah-langkah bantuan sementara yang berkaitan dengan pembiayaan margin sehingga 31 Disember 2020. Langkah-langkah bantuan, yang berkuatkuasa pada 27 Mac 2020, akan berakhir pada 30 September 2020.

Fleksibiliti yang diberikan di bawah langkah-langkah bantuan akan membolehkan broker menguruskan kemudahan pembiayaan margin pelanggan mereka dengan lebih baik di samping ketidaktentuan pasaran yang berterusan akibat pandemik Covid-19 dan mengekalkan kestabilan dalam pasaran.

Dalam tempoh masa sementara ini, broker boleh terus menggunakan budi bicara sama ada mahu atau tidak untuk meneruskan langkah jualan secara paksa kepada pelanggan, dan menerima jenis jaminan lain daripada pelabur seperti bon, amanah saham, emas dan harta tidak alih untuk tujuan pembiayaan margin. Sebelum ini, broker diminta untuk membubarkan akaun margin pelanggan mereka secara automatik sekiranya ekuiti dalam akaun tersebut susut di bawah 130% daripada baki tertunggak.

Langkah sementara ini bergantung kepada broker yang memenuhi nisbah kecukupan modal dan dana pemegang saham seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia. Mereka juga diharapkan menggunakan budi bicara yang sewajarnya dengan polisi risiko kredit mereka sendiri.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan pasaran sekuriti dan menilai kecukupan langkah-langkah yang ada untuk menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan potensi risiko. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai langkah dalam membantu peserta pasaran modal mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada Covid-19, sila layari www.sc.com.my/covid-19.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup