SC dan Bursa Malaysia Mansuh Penggantungan Jualan Singkat PDT pada 1 Januari 2022

17 Disember 2021 |  Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) akan memansuhkan penggantungan sementara Jualan Singkat Intra Hari (IDSS) dan Jualan Singkat Intra Hari oleh Pedagang Harian Proprietari (Jualan Singkat PDT) yang dijadualkan tamat pada 31 Disember 2021. Oleh yang demikian, Pengecualian Sementara PDT yang berkaitan Jualan Singkat PDT tidak lagi diguna pakai.

Berkuat kuasa 1 Januari 2022, IDSS dan Jualan Singkat PDT akan dimulakan dengan langkah kawalan yang dipertingkatkan bagi memastikan kestabilan dan dagangan yang teratur. Di samping had jualan singkat semasa, pesanan IDSS dan Jualan Singkat PDT mesti dimasukkan menurut “peraturan at-tick”. Di bawah pemakaian berautomasi “peraturan at-tick”, pesanan jualan singkat akan dilaksanakan pada harga permintaan semasa atau yang lebih tinggi.

Jualan Singkat PDT hanya akan dibenarkan bagi sekuriti yang tersenarai sebagai Sekuriti yang Diluluskan di Pasaran Utama (Sekuriti Layak Dagangan Harian) dan di mana PDT tersebut mempunyai perjanjian untuk meminjam Sekuriti Layak Dagangan Harian.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan di peringkat tempatan dan global yang mempengaruhi pasaran sekuriti, dan mengambil pendekatan proaktif dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong pasaran yang adil dan teratur.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup