SC dan Bursa Malaysia Tamatkan Semakan Sementara ke atas Mekanisme Pengurusan dan Kawalan Pasaran
10 Mei 2021 |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memulakan semula mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran, iaitu had harga dinamik dan static bagi Saham-Saham Komponen Indeks FBMKLCI dan tahap pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia, kepada parameter asal masing-masing pada 31 Mei 2021.
Keputusan untuk memulakan semula parameter asal tersebut mengambil kira prospek ekonomi yang bertambah baik dengan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 dan normalisasi keadaan pasaran global.

Semakan sementanra kepada mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran yang telah dilaksanakan sejak 20 Julai 2020, dijadualkan tamat pada 30 Mei 2021.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan di peringkat global dan mengambil langkah berhati-hati dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong pasaran yang adil dan teratur.
i. Had Harga Statik dan Dinamik bagi Saham-Saham Kompone FBMKLCI (dari 31 Mei 2021 seterusnya)

Jenis Sekuriti

Harga Sekuriti

Had Harga Statika

Harga Harga Dinamikb

Saham-saham komponen Indeks FBMKLCI

>=RM1.00

Harga had atas +30%
Harga had rendah -30%

Had dinamik atas +8%
Had dinamik rendah -8%

<RM1.00

Harga had atas +30 sen
Harga had rendah -30 sen

Had dinamik atas +8 sen
Had dinamik rendah -8 sen

Nota

a

Had Harga Statik:
Had had rendah kembali kepada -30% daripada -15% bagi harga sekuriti >=RM1.00, dan kepada -30 sen daripada -15 sen bagi harga sekuriti < RM1.00;

b

Had Harga Dinamik:
Had dinamik rendah kembali kepada -8% daripada -5% bagi harga sekuriti >=RM1.00, dan kepada -8 sen daripada -5 sen bagi harga sekuriti < RM1.00
ii. Tahap Pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia (dari 31 Mei 2021 seterusnya)
Tahap Pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia / Syarat dan Tempoh

Tahap Pencetus

Penurunan FBMKLCI

Dari 9:00 pagi– sebelum 11:15 pagi

Dari 11:15 pagi hingga 12:30 tghari

Dari 2:30 ptg – sebelum 3:30 ptg

Dari 3:30 ptg hingga 5:00 ptg

1

FBMKLCI menyusut dengan agregat sebanyak 10% atau lebih tetapi kurang daripada 15% indeks penutup hari dagangan sebelumnya.

1 Jam

Sesi Dagangan Selebihnya

1 Jam

Sesi Dagangan Selebihnya

2

FBMKLCI menyusut dengan agregat sebanyak 15% atau lebih tetapi kurang daripada 20% indeks penutup hari dagangan sebelumnya.

1 Jam

Sesi Dagangan Selebihnya

1 Jam

Sesi Dagangan Selebihnya

3 FBMKLCI menyusut dengan agregat sebanyak 20% atau lebih daripada  indeks penutup hari dagangan sebelumnya. 9.00 pagi - 12.30 tghari 2.30 ptg - 5.00 p.m.
Hari Dagangan Selebihnya Hari Dagangan Selebihnya
Note
Semakan sementara terhadap tahap pemutus litar pasaran kepada dua tahap pencetus (hanya 10% dan 15%) akan kembali kepada tiga tahap pencetus (10%, 15% dan 20%)

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup