SC dan Bursa Malaysia Umum Langkah-langkah Pelepasan Sementara untuk Penerbit Tersenarai
17 Februari 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mengumumkan langkah pelepasan sementara untuk penerbit tersenarai di samping langkah yang diperkenalkan pada 2020[1]. Langkah-langkah tambahan ini akan memberi penerbit tersenarai lebih banyak masa untuk menyediakan penyata kewangan dan membuat pelan regularisasi mereka ketika mendepani pandemik COVID-19. Langkah-langkah tambahan ialah:
  1. Pelanjutan masa untuk mengemukakan penyata kewangan
    Pelanjutan selama 1 bulan automatik bagi pengeluaran laporan suku tahunan dan tahunan untuk Pasaran Utama dan ACE serta penyata kewangan setengah tahunan dan tahunan teraudit untuk LEAP Market, yang tarikh akhirnya masing-masing adalah pada 28 Februari 2021, 31 Mac 2021 atau 30 April 2021.

    Walaupun diberi pelanjutan selama 1 bulan, penerbit tersenarai diingatkan agar mematuhi kewajipan penzahiran di bawah Keperluan Penyenaraian, termasuk membuat pengumuman segera mengenai sebarang maklumat penting bagi memastikan pemegang saham dan pelabur mempunyai akses kepada maklumat tepat pada masanya.
  2. Pelepasan kepada penerbit tersenarai dengan keadaan kewangan yang tidak memuaskan dan tahap operasi yang tidak mencukupi
    • Tempoh pelepasan selama 12 bulan untuk penerbit tersenarai yang telah mengumumkan antara 1 Januari 2021 dan 30 Jun 2021, bahawa ia mempunyai perniagaan atau operasi yang tidak signifikan[2]. Pelepasan ini membolehkan penerbit tersenarai tersebut menilai semula keadaannya pada akhir tempoh pelepasan sebelum membuat pengumuman yang diperlukan.
    • Tempoh selama 24 bulan bagi proses regularisasi, dan bukan lagi 12 bulan, untuk penerbit tersenarai yang membuat pengumuman antara 1 Januari 2021 dan 30 Jun 2021, bahawa ia telah menghentikan semua atau perniagaan atau operasi utama [3]; atau dikelaskan sebagai penerbit tersenarai PN17/GN3 [4].
    • Tempoh pelepasan 18 bulan, bukan lagi 12 bulan seperti yang diumumkan pada 16 April 2020 [5], bagi penerbit tersenarai yang telah termasuk dalam kriteria PN17 atau GN3 yang ditangguhkan [6] antara 17 April 2020 hingga 30 Jun 2021. Penerbit tersenarai tidak akan diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai PN17/GN3 dalam tempoh ini dan dibenarkan menilai semula kedudukan kewangannya pada akhir tempoh pelepasan sebelum membuat pengumuman yang diperlukan.
SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai sama ada langkah-langkah selanjutnya diperlukan untuk menyokong penerbit tersenarai sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Untuk butiran lanjut mengenai langkah-langkah pelepasan di atas, sila rujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan kepada penerbit tersenarai yang disiarkan di pautan laman-laman web berikut:

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC

2

Perenggan/Peraturan 8.03A(2)(b) Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama dan ACE menetapkan bahawa penerbit tersenarai tidak mempunyai tahap operasi yang cukup untuk menjamin dagangan atau penyenaraian berterusan di Senarai Rasmi sekiranya penerbit tersenarai mempunyai perniagaan atau operasi yang tidak signifikan. Menurut perenggan/Peraturan 8.03A(7)(b) LR, "perniagaan atau operasi yang tidak signifikan" bermaksud perniagaan atau operasi yang menghasilkan pendapatan secara gabungan sebanyak 5% atau kurang daripada modal saham (tidak termasuk saham keutamaan boleh tebus dan saham perbendaharaan) penerbit tersenarai berdasarkan penyata kewangan tahunannya yang diaudit atau tidak terauditnya yang terkini.
3
Perenggan/Peraturan 8.03A(2)(a) LR menyatakan bahawa penerbit tersenarai tidak mempunyai tahap operasi yang mencukupi untuk dibenarkan terus berdagang atau tersenarai di Senarai Rasmi sekiranya penerbit tersenarai telah digantung atau menghentikan-
  • semua perniagaan atau perniagaan utamanya; atau
  • operasi keseluruhan atau utamanya,
atas apa-apa alasan sekalipun. Untuk tujuan ini, perenggan/Peraturan 8.03A(7)(a) LR mentakrif "utama" sebagai jumlah yang menyumbang atau menghasilkan sebanyak 70% atau lebih daripada pendapatan penerbit tersenarai yang digabungkan berdasarkan penyata kewangan tahun teraudit atau tidak teraudit yang terkini.
4
Ini merujuk kepada penerbit tersenarai yang termasuk dalam kriteria berikut:
  • Penerima atau pengurus atau pengurus kehakiman dilantik bagi aset penerbit tersenarai, subsidiari atau syarikat sekutu yang asetnya adalah sekurang-kurangnya 5-% daripada jumlah aset seperti yang ditetapkan dalam perenggan 2.1(b) Nota Amalan 17 dan 2.1(d) Nota Panduan 3;
  • Pembubaran subsidiari penerbit tersenarai/syarikat sekutu yang merangkumi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah aset seperti yang ditetapkan dalam perenggan 2.1(c) Nota Amalan 17 dan 2.1(3) Nota Panduan 3;
  • Juruaudit telah menyatakan pendapat negatif atau penolak tuntutan seperti yang ditetapkan dalam perenggan 2.1(d) Nota Amalan 17 dan 2.1(f) Nota Panduan
5
Rujuk kepada pekeliling Bursa Malaysia bertarikh 16 April 2020 di:
6
Ini merujuk kepada kriteria ekuiti pemegang saham dalam perenggan 2.1(a) Nota Amalan 17/Nota Panduan 3; ketakpastian material berkaitan usaha berterusan dan kelayakan juruaudit mengenai usaha berterusan dalam perenggan 2.1(e) Nota Amalan 17/perenggan 2.1(g) Nota Panduan 3; dan kemungkiran pembayaran dalam perenggan 2.1(f) Nota Amalan 17/perenggan 2.1 (h) Nota Panduan 3. Di samping itu, kriteria penggantungan GN3 juga termasuk kriteria mengenai kerugian seperti yang ditetapkan dalam perenggan 2.1(b) dan (c) Nota Panduan 3.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup