SC dan Bursa Malaysia Umum Penubuhan Subsidiari Pengawal Selia
25 Februari 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ("SC") dan Bursa Malaysia ("Bursa Malaysia") hari ini mengumumkan bahawa Bursa Malaysia akan menubuhkan anak syarikat milik penuh untuk mengambil alih fungsi pengawalseliaan yang ketika ini diuruskan Bursa Malaysia ("Bursa RegSub").

SC dan Bursa Malaysia telah bekerjasama rapat untuk terus mempertingkat struktur tadbir urus bursa dengan mengasingkan fungsi pengawalseliaannya daripada objektif komersil untuk menangani kewujudan persepsi konflik kepentingan berpotensi antara kedua-dua peranan tersebut. Bursa RegSub akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah, dimana sebahagian besar ahlinya, tiada kaitan dengan Bursa Malaysia, dan Pengerusi Bursa RegSub akan dilantik dari kalangan ahli Lembaga Pengarah Bebas.

Dalm hal ini, Bursa Malaysia tetap bertanggungjawab kepada SC untuk memastikan bahawa Bursa RegSub diperuntukkan sumber kewangan dan sumber manusia yang mencukupi untuk membolehkannya melaksanakan fungsi kawal selia dengan berkesan. SC akan terus mengawal selia Bursa Malaysia secara langsung sebagai syarikat tersenarai serta pengendali pasaran, sambil mengekalkan pengawasan fungsi pengawalseliaan yang dilakukan oleh Bursa RegSub,” Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC berkata.

Sementara itu, Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen berkata, "Pasaran modal Malaysia diiktiraf secara global sebagai berpandangan jauh, dikawal selia baik dan berkedudukan tinggi dalam perlindungan pelabur. Bursa akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha kami untuk membina pasaran yang rancak dan berdaya saing.”

Penubuhan Bursa RegSub akan meletakkan rangka kerja pengawalseliaan pasaran saham Malaysia selaras dengan bidang kuasa seperti Singapura, Jepun dan Brazil. SC dan Bursa Malaysia akan mengkaji semula dan memuktamadkan butiran pelaksanaan dalam memastikan peralihan fungsi pengawalseliaan lancar kepada anak syarikat, yang dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2020.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup