SC dan Industri Bekerjasama dalam InvestSmart Fest
9 September 2014   |   Kuala Lumpur
Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini melancarkan InvestSmart Fest Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), yang diadakan dengan kerjasama industri untuk mendidik para pelabur dan meningkatkan tahap celik kewangan dan pelaburan di kalangan rakyat Malaysia.

Diadakan dari 9-14 September di Pusat Membeli-belah 1Utama, maklumat mengenai produk dan perkhidmatan dalam pasaran modal, syarikat-syarikat yang menawarkannya dan entiti yang terlibat dalam rangka kerja keseluruhan pasaran kini boleh diperoleh dalam suasana yang tidak formal dan selesa.

Pengerusi SC Datuk Ranjit Ajit Singh berkata, usaha SC untuk mendekati pelabur didorong oleh matlamat untuk melihat rangkuman kewangan yang lebih besar di Malaysia dan menggalakkan lebih penyertaan pelabur. Akses orang ramai kepada pasaran modal adalah penting dalam hal ini, untuk memastikan bahawa rangkaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keseluruhan spektrum masyarakat pelabur.

"InvestSmart Fest adalah acara pelabur runcit yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh SC, dengan 37 peserta utama industri pasaran modal. Orang ramai juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran modal dengan menghadiri sesi taklimat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan," katanya

SC menggunakan kesempatan ke atas media digital dan sosial untuk meluaskan lagi jangkauan usaha celik pelaburan kami. Melalui Facebook InvestSmart, maklumat disampaikan melalui paparan dan pembabitan yang lebih besar dengan orang ramai mengenai pertanyaan yang berkaitan dengan pelaburan. Laman Facebook tersebut telah mencatatkan 36,000 'Likes' sejak dilancarkan pada Jun tahun ini.

InvestSmart merupakan kempen kesedaran dan celik pelaburan yang menyeluruh di bawah inisiatif Pengupayaan Pelabur SC, bagi membolehkan lebih banyak penyertaan runcit yang lebih yakin dan bijak di pasaran modal. Ia bertujuan untuk memberikan kepada orang ramai, terutamanya generasi pelabur akan datang, dengan maklumat pelaburan yang berharga, yang dibentangkan dalam format mudah melalui platform teknologi dan multimedia yang baru, melengkapi saluran pendidikan pelabur yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.InvestSmartSC.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup