SC dan Oxford anjur bersama perbincangan global untuk membangun aset wakaf melalui kewangan Islam
22 Mac 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menganjurkan Sidang Meja Bulat kali ke-5 mengenai Kewangan Islam di Kuala Lumpur hari ini untuk membincangkan pembangunan wakaf, satu bentuk pembiayaan secara Islam, dan cara ia boleh menyumbang ke arah memperluas industri kewangan Islam di peringkat global.

Bertemakan `Memanfaatkan Wakaf Kepada Pembiayaan Sosial yang Diterima oleh Bank dan Kelas Aset Pelaburan’, sidang meja bulat tahunan ini dihadiri oleh pengamal industri dan cendekiawan dari seluruh dunia. Sidang dua hari tersebut, yang diadakan bermula 22 hingga 23 Mac, membincangkan cabaran dan potensi wakaf dalam persekitaran kebajikan, termasuk isu-isu perundangan, tadbir urus dan profesionalisme, dan modal.

Wakaf sebelum ini merupakan instrumen penting bagi pembangunan masyarakat Islam dan pada hari ini wujud minat baharu untuk membangunkan semula institusi wakaf dan meraih manfaat daripada nilai aset social Islam seperti wakaf.

Usaha global untuk memanfaatkan wakaf ke dalam bentuk pembiayaan sosial yang boleh diterima oleh bank dan kelas aset pelaburan juga adalah sejajar dengan strategi SC untuk mengenal pasti segmen pertumbuhan baharu dalam proses pengantarabangsaan kedudukan meneraju bagi Malaysia dalam industri kewangan Islam.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup