SC dan Pendakwa Raya Pertahan Perintah Pembekuan Akaun
14 Januari 2020   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pendakwa Raya (PP) berjaya mengekalkan perintah pembekuan akaun bank pengarah syarikat dalam penyiasatan yang sedang dijalankan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin membenarkan SC untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Teh Sew Wan pada 24 Ogos 2019. Teh memfailkan saman itu berikutan pembekuan dan penyitaan akaun banknya, yang dilakukan oleh SC dan PP menurut seksyen 44 dan 50 Perintah Pembekuan dan Penyitaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Teh mendakwa perintah di bawah AMLATFPUAA tersebut merupakan undang-undang yang tidak adil dan melanggar hak perlembagaannya.

Ketika sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin, SC dan PP mempertikaikan bahawa saman yang difailkan oleh Teh adalah pramatang dan menyalah guna proses mahkamah kerana siasatan terhadap Teh masih dijalankan.

Dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Tinggi, Hakim Dato' Che Mohd Ruzima bersetuju dengan SC dan memerintahkan agar saman tersebut dibatalkan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup