SC dan pengawal selia serantau berbincang mengenai risiko dan cabaran pasaran modal
2 Disember 2011   |   Kuala Lumpur
Para pengawal selia Asia-Pasifik bertemu di Kuala Lumpur minggu ini dan berbincang mengenai impak perkembangan antarabangsa dalam sektor kewangan pada masa ini terhadap Asia-Pasifik, termasuk kesan krisis zon Euro ke atas pasaran serantau. Pengawal selia bersepakat mengenai keperluan bagi terus berfokus terhadap kemungkinan kesan penularan dan risiko yang ada pada pembangunan tersebut di rantau ini. Para peserta juga berbincang mengenai cabaran yang ada dalam penguatkuasaan rentas sempadan, termasuk implikasi dagangan berasaskan teknologi.

Isu-isu tersebut merupakan nadi kepada perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Serantau Asia-Pasifik (APRC) Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) dan dialog dengan mereka yang dalam industri pada 1 dan 2 Disember 2011 respectively, yang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjadi tuan rumah.

Mesyuarat APRC yang dipengerusikan oleh Securities and Exchange Board of India, dihadiri oleh pengawal selia kanan dari 17 bidang kuasa dalam rantau Asia-Pasifik isitu Australia, Brunei, China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Laos, Malaysia, Maldives, New Zealand, Pakistan, Singapura, Sri Lanka dan Thailand.

Dialog dengan industri turut membincangkan mengenai pemacuan dan strategi bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri pengurusan pelaburan di Asia-Pasifik.

IOSCO diiktiraf sebagai forum dasar antarabangsa terkemuka bagi pengawal selia sekuriti. Ahli-ahli pertubuhan itu mengawal selia lebih daripada 95% pasaran sekuriti dunia dalam lebih 100 bidang kuasa. Sebagai forum dasar antarabangsa terkemuka bagi pengawal selia sekuriti, IOSCO memainkan peranan penting dalam menentukan standard antarabangsa bagi kawal selia sekuriti, mengenal pasti isu-isu yang mempengaruhi pasaran global, dan membuat cadangan dalam menangani cabaran tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup