SC Denda Bekas Perunding Unit Amanah RM2 Juta Kerana Menipu Pelabur

Kuala Lumpur, 2 September 2022

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menegur dan mengenakan denda sebanyak RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah Harani Kamarudin kerana menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019 sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1.32 juta

Sebagai sebahagian daripada penipuannya dan untuk menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya, Harani, antara lain, telah membuat pernyataan palsu tentang sifat dan ciri pelaburan serta menjamin hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.

Disebabkan oleh kelakuan dan tindakannya, dia telah melanggar seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah).

Penemuan SC mengenai pelanggaran dan sekatan ke atas Harani dibuat selepas melalui proses yang sewajarnya terhadapnya termasuk memberikan peluang untuk beliau menjawab kepada SC mengenai pelanggaran tersebut dan keputusan SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup