SC Gesa Pelabur Agar Berhati-hati dengan Penggunaan ATM Kripto
8 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menggesa orang ramai agar berhati-hati terhadap penggunaan Mesin Juruwang Automatik Kripto (ATM Kripto).

ATM Kripto merupakan mesin yang membolehkan individu membeli dan/atau menjual aset digital secara tunai, kad debit/kredit atau e-dompet. Mesin-mesin ini ada di pelbagai lokasi di Malaysia dan membolehkan pertukaran pelbagai jenis aset digital dengan mata wang fiat dan sebaliknya.

SC ingin memberi peringatan kepada orang ramai bahawa entiti yang mengendalikan ATM Kripto dianggap mengendalikan Bursa Aset Digital (DAX) yang perlu berdaftar dengan SC. Setakat ini, SC belum mendaftarkan mana-mana entiti untuk mengendalikan ATM Kripto.

Pihak SC ingin mengingatkan bahawa orang awam yang berurusan dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak sah adalah tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk penipuan dan pengubahan wang haram.

SC juga memberi amaran kepada semua pengendali ATM Kripto yang tidak sah di Malaysia agar segera menghentikan aktiviti mereka. Mengendalikan DAX tanpa kebenaran daripada SC adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti Malaysia. Sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai boleh mengesahkan sekiranya pengendali aset digital didaftarkan dengan SC di https://www.sc.com.my/development/digital/digitalassets. Selain itu, para pelabur digalakkan agar memaklumkan pihak SC jika mereka mendapati mana-mana aktiviti atau laman sesawang yang mencurigakan, dan jika mereka menerima panggilan telefon atau e-mel yang menawarkan nasihat dan peluang pelaburan, terutamanya yang menawarkan pulangan tinggi tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah.

Pertanyaan atau aduan boleh dibuat kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur kami di talian 03-6204 8999 atau e-mel: [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup