SC Kawal Selia Penawaran dan Dagangan Aset Digital
14 Januari 2019   |   Kuala Lumpur
Berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng dengan berkuatkuasanya Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menyediakan garis panduan untuk mengawal selia penawaran dan dagangan aset digital.

Garis panduan tersebut, antara lain, menggariskan kriteria untuk menentukan kelayakan dan kesesuaian penerbit dan pengendali bursa, standard penzahiran dan amalan terbaik dalam penetapan harga, peraturan dagangan dan perlindungan aset pelanggan. Mereka yang berurus niaga dalam aset digital akan dikehendaki menyediakan peraturan pembiayaan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (AML/CFT), keselamatan siber dan langkah kesinambungan perniagaan.

Dengan berkuatkuasanya Perintah Penetapan tersebut, penawaran aset digital, serta aktiviti yang berkaitan dengannya akan memerlukan kebenaran daripada SC dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan sekuriti yang berkaitan.

Bagi melaksanakan rangka kerja kawal selia terhadap aset digital, SC dan BNM akan mengadakan aturan penyelarasan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa kedua-dua pengawal selia. Rangka kerja pengawalseliaan yang berkaitan dijangka akan dilancarkan pada penghujung suku tahun pertama 2019.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup