SC Kekalkan Prestasi Kukuh dalam Memenuhi Piagam Masa

Kuala Lumpur, 7 Februari 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) terus menunjukkan prestasi kukuh dalam memenuhi piagam masanya bagi pemprosesan permohonan pelesenan dan korporat. Bagi suku tahun keempat, 99 peratus permohonan pelesenan dan 84 peratus cadangan korporat telah diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tahap penghantaran perkhidmatan yang tinggi ini dicapai walaupun terdapat peningkatan ketara dalam permohonan pelesenan. Pada tempoh Oktober-Disember, SC menerima 503 permohonan, peningkatan sebanyak 81 peratus, berbanding 278 permohonan diterima pada suku tahun sebelum ini.

Peningkatan dalam permohonan lesen baru terutamanya disebabkan oleh pelaksanaan rangka kerja Bank Pelaburan (IB) yang menyaksikan pertukaran bank-bank saudagar kepada IB. Hasil daripada pertukaran ini, entiti perbankan saudagar dan individu lantikan mereka adalah tertakluk kepada pelesenan.

Dalam suku tahun keempat, SC menerima sejumlah enam permohonan lesen peniaga oleh IB dan 124 permohonan lesen wakil peniaga daripada individu yang menjalankan fungsi keupayaan berurus niaga dalam IB tersebut.

Ketika tempoh tersebut, SC meluluskan bilangan cadangan yang lebih besar untuk menjana modal melalui penempatan tertutup, terbitan khas, hak dan terhad. Terdapat peningkatan sebanyak 55 peratus dalam kelulusan bagi jenis pelaksanaan penjanaan modal ini berbanding pada suku tahun sebelum ini.

Peningkatan dalam pelaksanaan penjanaan modal adalah berikutan pembaikan dalam pasaran saham yang digambarkan oleh kenaikan berterusan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) sejak permulaan suku tahun keempat.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC merangkumi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, termasuk tempoh masa dan sebab. Di samping penunjuk kad skor ini, statistik berkala suku tahunan bagi pengemukaan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2006 juga dilaporkan.

Siri lengkap statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC adalah seperti yang berikut:

Skor Kad SC Q4 2006 & Statistik Pengemukaan yang Diluluskan oleh SC pada Q4 2006

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup