SC Keluar Arahan Pemberhentian Kepada CopyCash Foundation
9 January 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengarahkan CopyCash Foundation memberhentikan dengan serta merta semua aktiviti yang dicadangkannya termasuk rancangan untuk melancarkan Tawaran Syiling Permulaan (ICO) pada 10 Januari 2018 di Malaysia.
Arahan ini merangkumi semua aktiviti yang dinyatakan atau berhubung kait dengan kertas cadangan (white paper) berkaitan ICO tersebut, termasuk mana-mana jerayawara, seminar atau acara promosi yang berkaitan dengan skim itu.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh SC susulan siasatannya selepas ia mendapati bahawa terdapat kemungkinan yang munasabah penzahiran di dalam kertas cadangan CopyCash Foundation dan representasinya kepada bakal pelabur akan bercanggah dengan keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

Pihak SC menasihati pelabur agar berhati-hati dengan risiko penipuan dan melakukan usaha wajar sebelum terlibat dalam skim-skim ICO. Walaupun SC terus memudahcarakan penggunaaan kes-kes aset digital dalam pasaran modal, ia kekal berwaspada dalam memantau skim-skim ICO memandangkan peningkatan risiko, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup