Proses pengembalian wang tersebut dimulakan berikutan sekatan pentadbiran yang dikenakan ke atas Mohd Faizal Jamaludin (No. Kad Pengenalan: 760405-01-5625) yang didapati menjalankan aktiviti pengurusan dana tanpa lesen. Setakat 7 Februari 2018, kira-kira RM157,634.97 dalam akaun Faizal telah diperolehi untuk tujuan pengembalian kepada pelabur yang layak.
Siasatan SC mendapati Faizal telah menjalankan aktiviti pengurusan dana yang dikawal selia tanpa memiliki lesen apabila dia menerima wang daripada pihak ketiga antara bulan Februari dan Disember 2015, dengan tujuan untuk dilaburkan dalam niaga hadapan dan ekuiti bagi pihak pihak ketiga tersebut.
Orang ramai yang telah melabur dalam skim niaga hadapan dan ekuiti dengan Faizal antara Februari dan Disember 2015 dikehendaki mengemukakan tuntutan mereka, bersama-sama dengan bukti pelaburan yang diperlukan, kepada SC sebelum jam 5 petang pada 10 Mei 2018. Borang tuntutan dan butiran lanjut mengenai perkara ini boleh didapati di laman sesawng SC di www.sc.com.my/claim.
Setelah menerima tuntutan, SC akan menentukan kadar wang yang akan dikembalikan berdasarkan dana yang ada, bilangan pihak yang menuntut dan jumlah wang yang terbukti telah dilaburkan pada tempoh yang dinyatakan.
Pelabur yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai proses pengembalian tersebut boleh menghubungi Pejabat Pengguna & Pelabur di talian 03-62048999 atau
[email protected].