Arahan SC tersebut dikeluarkan pada 23 Julai 2018 selepas siasatan mendapati Lendingstar tidak didaftarkan untuk mengendalikan pasaran yang diiktiraf dan menyediakan kemudahan pelaburan berautomasi tanpa lesen atau pendaftaran daripada SC, seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti.
Sehingga kini, SC telah mendaftar sebanyak tujuh pengendali pendanaan ekuiti ramai (equity crowdfunding) dan enam pengendali platform pembiayaan antara rakan setara (peer-to-peer financing). Para penerbit dan pelabur adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan pengesahan mengenai pengendali platform sebelum menyertai mana-mana aktiviti pengumpulan dana atau pelaburan. Pelabur boleh menyemak senarai penuh pengendali platform yang berdaftar di https://www.sc.com.my/digital/list_rmo/.
Orang ramai yang mendapati sebarang aktiviti dan perkhidmatan pasaran modal yang mencurigakan boleh memaklumkan kepada SC dengan menghubungi kami di talian +603 6204 8999 atau e-mel di
[email protected].