SC Keluarkan Garis Panduan Baharu Mengenai Tatalaku Pengarah Syarikat Tersenarai dan Anak Syarikat
30 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan baharu mengenai Tatalaku Pengarah Syarikat Tersenarai dan Anak Syarikat (Garis Panduan) untuk memperkukuhkan tadbir urus dan pengawasan lembaga pengarah syarikat tersenarai serta anak syarikat tersenarai mereka.

Penerbitan Garis Panduan ini sejajar dengan Prioriti Strategik Tadbir Urus Korporat SC (2017-2020) yang bertujuan untuk, antara lain, mempromosikan pelaksanaan tugas fidusiari yang betul dikalangan pengarah korporat di Malaysia.

Garis Panduan tersebut menetapkan panduan mengenai tugas dan tanggungjawab ahli lembaga dalam struktur kumpulan syarikat serta menetapkan keperluan untuk pembentukan rangka kerja seluruh kumpulan syarikat untuk membolehkan, antara lain, pengawasan terhadap prestasi kumpulan syarikat dan pelaksanaan dasar tadbir urus korporat.

Garis Panduan baharu ini mengambil kira landskap tadbir urus korporat Malaysia yang sedang berkembang, pelajaran daripada kerja pengawalseliaan SC dalam menguatkuasakan pelanggaran tadbir urus korporat dan keperluan untuk memastikan rangka kerja Malaysia tetap relevan dan berkesan. Dalam melaksanakan tugas fidusiari, seorang pengarah perlu memberi penyataan, bersikap jujur, tegas dan menjalankan tugas yang memihak kepada kepentingan syarikat daripada kepentingan sendiri,” kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Pengenalan Garis Panduan tersebut merupakan salah satu langkah di bawah pelan tindakan pencegahan rasuah SC, yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Jemaah Menteri mengenai Pencegahan Rasuah (JKKMAR) pada 2019. Garis Panduan ini berkuat kuasa pada 30 Julai 2020, kecuali Bab 5 mengenai Tadbir Urus Kumpulan yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2021. Garis Panduan ini boleh didapati di laman sesawang SC di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup