SC keluarkan Garis Panduan Kelayakan Penerbit – Waran Berstruktur
1 Disember 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Kelayakan Penerbit – Waran Berstruktur (Issuer Eligibility Guidelines – Structured Warrants) (garis panduan kelayakan) yang membolehkan SC terus menilai kesesuaian penerbit waran berstruktur, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan keyakinan pasaran dan meningkatkan perlindungan pelabur.

Bawah garis panduan kelayakan tersebut, penerbit waran berstruktur dikehendaki mengemukakan pengisytiharan kepada SC bagi mengesahkan bahawa mereka mematuhi keperluan yang berkaitan, antara lain, langkah pengurusan risiko, jualan dan amalan pemasaran serta prosedur kawalan dalaman. Pengisytiharan tersebut mestilah dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum pengemukaan prospektus bagi terbitan waran berstruktur bagi pendaftaran oleh SC.

Sejak pemansuhan Garis Panduan Waran Berstruktur SC (Structured Warrants Guidelines) berikutan kerangka penjanaan dana ekuiti yang baharu yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 2009, kelulusan bagi penerbitan dan penyenaraian waran berstruktur telah berpindah daripada SC kepada Bursa Malaysia. Bagaimanapun, SC akan terus memeriksa dan mendaftar prospektus bagi memastikan penzahiran yang mencukupi dan bermakna kepada para pelabur. Pada masa yang sama, SC akan terus menilai kesesuaian penerbit waran berstruktur melalui pengenalan dan pemakaian garis panduan kelayakan tersebut.

Garis panduan kelayakan tersebut dikeluarkan susulan rundingan awam selama tiga minggu yang berakhir pada 7 Oktober 2009. Dalam memuktamadkan garis panduan itu, SC telah mempertimbangkan semua komen terhadap draf garis panduan yang diterima daripada peserta pasaran termasuk bank-bank pelaburan yang merupakan penerbit waran berstruktur sedia ada.

Garis panduan tersebut berkuat kuasa serta merta dan boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup