SC Keluarkan Garis Panduan mengenai Nota Kontrak Elektronik

Kuala Lumpur, 28 April 2005

Pelanggan syarikat broker kini mempunyai pilihan untuk menerima nota kontrak dalam bentuk elektronik. Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memudahcarakan proses ini melalui garis panduan bertajuk "Guidelines on Electronic Contract Notes" (Garis Panduan) yang dikeluarkan hari ini.

Langkah bagi memudahcarakan pengeluaran dan penyerahan nota kontrak secara elektronik ini akan melengkapkan kemudahan dagangan dalam talian peniaga dalam memberikan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan mereka.

Perkembangan terkini oleh SC ini adalah sejajar dengan usaha yang lebih meluas dalam menggalakkan inovasi teknologi bagi mempertingkatkan lagi kecekapan keseluruhan infrastruktur pasaran modal, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Perundingan SC mengenai "Rangka Kerja bagi Pelaksanaan Perdagangan Elektronik dalam Pasaran Modal" serta Pelan Induk Pasaran Modal.

Garis Panduan tersebut menghendaki peniaga yang ingin menyediakan pengeluaran dan penyerahan nota kontrak secara elektronik, sebelum melaksanakan aktiviti sedemikian, perlu mengemukakan pengisytiharan daripada juruaudit dalaman mereka mengenai sistem dan kawalan, dan pengisytiharan lain daripada seorang pengarah syarikat bahawa pengeluaran dan penyerahan nota kontrak elektronik tersebut mematuhi dan akan terus mematuhi Garis Panduan berkenaan.

Garis Panduan tersebut boleh didapati di tapak web SC di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup