SC keluarkan garis panduan untuk memudahcarakan urus niaga unit amanah dalam talian

Kuala Lumpur, 24 November 2004

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu set garis panduan untuk membolehkan urus niaga unit amanah dalam talian.

Garis panduan Urus Niaga Dalam Talian dan Aktiviti Dalam Talian yang Berkaitan Dengan Unit Amanah (“ Guidelines on Online Transactions of and Online Activities in relation to Unit Trusts ”) (Garis Panduan) diguna pakai kepada mereka yang bercadang untuk:

  • mengedarkan prospektus elektronik dan borang permohonan elektronik;
  • menyediakan urus niaga unit amanah dalam talian; atau
  • berkomunikasi secara elektronik dengan pelabur dan orang ramai mengenai hal berkaitan unit amanah.

Garis panduan tersebut dirangka sejajar dengan cadangan yang terkandung dalam Kertas Perundingan SC mengenai rangka kerja bagi pelaksanaan perdagangan elektronik dalam pasaran modal (“ Framework for the Implementation of Electronic Commerce in the Capital Market ”) serta aspirasi meluas Pelan Induk Pasaran Modal untuk menggalakkan inovasi teknologi yang berterusan dalam pasaran modal dan untuk mempertingkat keberkesanan infrastruktur pasaran, dengan tujuan mempercepat pembangunan pasaran.

Dengan membenarkan urus niaga unit-unit dalam dana unit amanah dijalankan secara elektronik, SC menjangka syarikat pengurusan unit amanah akan lebih berpeluang untuk menggunakan teknologi untuk memberikan perkhidmatan nilai tambah kepada pelabur.

Mereka yang bercadang untuk menawarkan aktiviti unit amanah dalam talian dikehendaki mendapatkan kelulusan SC yang melibatkan penyediaan pengisytiharan daripada juruaudit dalaman mengenai sistem dan kawalan, dan satu pengisytiharan lain daripada pengarah bahawa kemudahan dalam talian tersebut mematuhi dan akan terus mematuhi Garis Panduan tersebut mesti dikemukakan kepada SC.

Sejajar dengan pengeluaran Garis panduan ini, pindaan telah dibuat kepada Garis Panduan Pengiklanan dan Bahan Promosi (“ Guidelines on Advertisement and Promotional Material”) yang sedia ada .

Satu Panduan Pelabur (“Investor's Guide”) juga telah diterbitkan bersama dengan Garis Panduan baru tersebut.

Panduan pelabur bertajuk “ Investors Guide on Online Unit Trust Investment ” (Investor's Guide) tersebut menggariskan jenis maklumat yang perlu diketahui oleh pelabur, hak dan tanggungjawab mereka apabila berurus niaga dan berkomunikasi secara dalam talian dengan syarikat pengurusan unit amanah.

Kedua-dua Garis panduan dan Panduan Pelabur boleh didapati di tapak web SC di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup