SC Keluarkan Garis Panduan yang Dipertingkat bagi Penempatan Sekuriti

Lebih Perlindungan kepada Pemegang Saham dan Pelabur

Kuala Lumpur, 26 April 2006

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini memperkenalkan satu set garis panduan yang dipertingkat yang bertujuan memberikan lebih perlindungan kepada pemegang saham dan pelabur sebagai sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk membangunkan lagi kerangka kawal selia yang memudah cara penjanaan dana.

Pengenalan Nota Panduan 6D, 8C dan 12C akan berkuat kuasa hari ini, menggantikan peruntukan sedia ada dalam garis panduan bertajuk Policies and Guidelines on Issue/Offer of Securities (Garis Panduan Terbitan).

Menurut garis panduan yang dipertingkatkan tersebut, penerbit yang bercadang untuk melaksanakan Penempatan di bawah Mandat Umum kini perlu mematuhi pelbagai keperluan berkaitan dengan perkara berikut:

  • Saiz penerbitan sekuriti, iaitu sehingga 10% daripada nilai nominal modal terbitan dan berbayar penerbit;
  • Penentuan harga sekuriti yang diterbitkan berikutan penempatan tersebut;
  • Jenis penerima penempatan; dan
  • Peranan penasihat sebagai ejen penempatan dalam memastikan pematuhan.


Penempatan sekuriti yang berlainan daripada keperluan yang ditetapkan bagi Penempatan di bawah Mandat Umum mesti mendapatkan kelulusan pemegang saham penerbit terlebih dahulu mengenai terma dan syarat sebenar penempatan tersebut dalam mesyuarat agung. Tambahan lagi, pihak yang berminat yang berkaitan dikehendaki agar tidak mengundi ketika mesyuarat agung.


Permohonan bagi Penempatan di bawah Mandat Umum yang mematuhi sepenuhnya garis panduan baru mengenai penempatan sekuriti dan Format dan Kandungan Permohonan bagi Penjanaan Dana di bawah Garis Panduan Terbitan akan diberikan keputusan segera setelah permohonan dibuat.

Nota Panduan tersebut boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup