SC keluarkan Panduan Bahasa Mudah bagi Prospektus

Kuala Lumpur, 23 Februari 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu panduan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dalam prospektus. Ini adalah sejajar dengan usaha berterusan SC bagi memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam dokumen tawaran seperti prospektus mudah difahami oleh para pelabur agar dapat membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Panduan Bahasa Mudah bagi Prospektus ( Plain Language Guide for Prospectus ) menggariskan beberapa pendekatan mengenai penyediaan penzahiran yang lebih jelas dalam prospektus dan boleh didapati di tapak web SC di sini. Prospektus menyediakan maklumat penting yang berkaitan dengan tawaran dan maklumat mengenai syarikat serta risiko sesebuah pelaburan yang ditawarkan. Para pelabur adalah digalakkan membaca prospektus dan akan mendapatinya lebih mudah difahami sekiranya dokumen ini disediakan dalam bahasa Inggeris yang mudah, dan dalam bentuk yang jelas, padat dan berkesan.

Pihak yang terbabit dalam penyediaan dokumen tersebut dikehendaki mematuhi kesemua keperluan kawal selia, iaitu Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garis Panduan Prospektus. Mereka harus sedar bahawa penggunaan bahasa yang mudah tidak mengurangkan tanggungan mereka dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat yang relevan dan penting kepada para pelabur.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup