SC Keluarkan Panduan Mengenai Mesyuarat Secara Maya oleh Penerbit Tersenarai
18 April 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Nota Panduan mengenai Tatalaku Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai (Guidance Note on the Conduct of General Meetings for Listed Issuers - Nota Panduan) dan menyatakan bahawa hanya mesyuarat agung dalam talian sepenuhnya (fully virtual general meeting) dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi mesyuarat agung maya sepenuhnya, Nota Panduan tersebut menyatakan bahawa jumlah individu utama yang berada di tempat penyiaran hendaklah tidak melebih lapan orang. Individu utama tersebut terdiri daripada Pengerusi mesyuarat agung, yang boleh juga disertai oleh Pengarah Urusan atau Ketua Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, setiausaha syarikat, juruaudit dan mereka yang menyediakan khidmat sokongan audio dan visual. Walau bagaimanapun, SC ingin menegaskan bahawa penerbit tersenarai hendaklah berusaha mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya dengan seberapa sedikit bilangan kehadiran individu yang mungkin di tempat penyiaran. Mereka yang hadir mestilah mematuhi semua garis panduan penjarakan sosial.

"Nota panduan ini adalah perlu bagi memastikan syarikat-syarikat boleh terus memenuhi kewajiban mereka menurut undang-undang dan kepada pemegang saham semasa PKP. Kami juga menggalakkan syarikat untuk terus memanfaatkan teknologi bahkan di luar tempoh PKP, untuk mengadakan mesyuarat dengan kaedah yang akan membolehkan penyertaan pemegang saham di dalam talian,” kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Ini adalah selaras dengan Prinsip C (II) dan Amalan 12.3 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia di mana lembaga pengarah digalakkan untuk mengadakan komunikasi yang berkesan, telus dan kerap bersama pemegang saham termasuk memanfaatkan teknologi untuk menggalakkan penyertaan pemegang saham.

Syarikat boleh mengemukakan permohonan kepada SC untuk pengecualian sekatan pergerakan dalam tempoh terhad bagi individu-individu utama untuk pergi ke tempat penyiaran yang dipilih bagi mengadakan mesyuarat maya sepenuhnya.

SC turut menyatakan bahawa mesyuarat agung hybrid yang membabitkan pelbagai tempat di lokasi yang berlainan,hendaklah hanya diadakan setelah tempoh PKP berakhir, demi mematuhi arahan dan panduan Kerajaan untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Nota Panduan dan borang untuk pengecualian sekatan pergerakan dalam tempoh terhad boleh dimuat turun daripada laman sesawang SC di https://www.sc.com.my/regulation/corporate-governance dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup