SC Keluarkan Panduan Mengenai Penyediaan Nasihat Pelaburan
30 Disember 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Nota Panduan Penyediaan Nasihat Pelaburan (nota panduan) untuk memberikan penjelasan kepada industri dan orang ramai mengenai tatalaku yang dipertimbangkan oleh SC sebagai aktiviti yang dikawal selia dalam menyediakan nasihat pelaburan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Nota panduan ini, yang boleh dimuat turn melalui at www.sc.com.my/regulation/guiding-principles, dikeluarkan sebagai respons terhadap peningkatan jumlah pertanyaan dan aduan yang diterima mengenai pelbagai media sosial, ruang sembang (chat room) dan aplikasi pesanan yang memberikan cadangan mengenai saham tertentu dan/atau nasihat pelaburan kepada orang ramai, yang memperoleh akses kepada cadangan dan/atau nasihat ini setelah membayar yuran.

SC mengingatkan orang ramai agar tidak berurusan dengan penasihat pelaburan yang tidak berlesen kerana mereka boleh tertipu atau dipergunakan sebagai sebahagian daripada skim manipulasi pasaran.

Pelabur dinasihatkan agar membuat pengesahan mengenai pelesenan mana-mana platform, syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan atau produk pasaran modal, termasuk pemberian nasihat pelaburan, sebelum membuat keputusan pelaburan. Maklumat mengenai individu berlesen atau yang berdaftar dengan SC boleh didapati di Daftar Awam Pemegang Lesen (Public Register of Licence Holders) melalui www.sc.com.my/licensed-registered-persons dan List of Registered Recognized Market Operators, www.sc.com.my/rmo senarai-berdaftar-diakui-pengedar pasaran.

Mana-mana individu yang menjalankan perniagaan pemberian nasihat pelaburan tanpa lesen melakukan kesalahan di bawah CMSA yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu yang menawarkan khidmat nasihat pelaburan tanpa lesen boleh menghubungi Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel kepada [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup