SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham
5 Februari 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Senarai Semak Tadbir Urus Korporat Mesyuarat Agung Tahunan untuk Pemegang Saham (Annual General Meeting Corporate Governance List for Shareholders atau Senarai Semak AGM CG) untuk menggalakkan perbincangan yang bermakna antara para pemegang saham dan lembaga pengarah ketika mesyuarat agung tahunan (AGM). Senarai Semak AGM CG dibangunkan dengan kerjasama Majlis Pelabur Institusi Malaysia dan Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti.

Mesyuarat agung merupakan platform penting bagi pengarah dan pengurusan kanan untuk mengadakan pembabitan bersama para pemegang saham dalam memudahcarakan pemahaman terhadap perniagaan, tadbir urus dan prestasi syarikat. Oleh itu, Hasil yang Diinginkan daripada Amalan 12 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia adalah bahawa para pemegang saham berupaya mengambil bahagian, mengadakan pembabitan bersama lembaga dan pengurusan kanan dengan berkesan dan membuat keputusan mengundi yang bermaklumat ketika menghadiri Mesyuarat Agung.

"Pemegang saham memainkan peranan penting dalam memacu tingkah laku korporat yang bertanggungjawab dan AGM merupakan salah satu platform di mana mereka boleh membangkitkan isu-isu penting untuk perbincangan atau mencari penjelasan daripada lembaga dan pengurusan. Senarai Semak AGM CG bertujuan membimbing pemegang saham mengenai isu-isu penting yang perlu mereka pertimbangkan atau utarakan ketika AGM sebelum mereka menjalankan hak mengundi mereka," menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Ini terutamanya berkaitan dengan resolusi yang biasanya dibentangkan di AGM seperti pelantikan para pengarah, kelulusan yuran pengarah dan pelantikan juruaudit. Ia juga mengingatkan para pemegang saham untuk membincangkan bersama lembaga pengarah dalam isu kritikal lain termasuk langkah-langkah kelestarian dan pencegahan rasuah.

Walaupun Senarai Semak AGM CG dibangunkan untuk para pemegang saham, pihak berkepentingan lain seperti pengguna dan bakal pelabur adalah digalakkan untuk menggunakan senarai semak untuk memahami dan menilai prestasi, dasar dan amalan syarikat.

Penerbitan senarai semak AGM CG merupakan salah satu penyampaian di bawah Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC (2017-2020) SC. Ia boleh dimuat turun di laman sesawang SC melalui pautan berikut.
SECURITIES COMMISSION MALAYSIA 
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup