SC Kenakan Pertuduhan Ke atas Bekas Pengarah Linear Corporation Bhd
9 Julai 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap bekas pengarah Linear Corporation Bhd (Linear) kerana membenarkan pengemukaan penyata palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

SC mengenakan satu pertuduhan di bawah seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) terhadap Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram berkaitan dengan penyata palsu yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 Disember 2009.

Pengumuman dalam kes ini adalah bahawa subsidiari milik penuh Linear, LCI Global Sdn Bhd telah menerima projek pembinaan bernilai RM1.6 bilion daripada Global Investment Group (GIG), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Seychelles, untuk merekabentuk dan membina loji penyejukan berkapasiti 350,000 RT (tan penyejukan) di daerah Manjung, Perak, yang dikenali sebagai “Projek King Dome”.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menetapkan ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin, memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya dan melapor kepada balai polis Pulau Tikus di Pulau Pinang setiap bulan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-dua.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup