SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan tersebut adalah berkaitan dengan cadangan penswastaan JLand melalui Tawaran Am Sukarela pada harga RM1.55 setiap saham JLand yang telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 13 April 2009.
Harjit, 60, dikenakan pertuduhan secara berasingan dengan tiga kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA kerana membeli sejumlah 346,500 unit saham JLand antara 23 Mac 2009 dan 6 April 2009 ketika memiliki maklumat material bukan awam. Saham-saham tersebut diperoleh melalui akaun HSBC Private Bank Singapura bagi Star Honour Limited, sebuah syarikat yang diperbadankan di BVI.
Pertuduhan terhadap Shafiqul dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad Mahkamah Sesyen manakala Harjit dikenakan pertuduhan di hadapan Hakim Hasbullah Adam Mahkamah Sesyen. Kedua-duanya memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Shafiqul dan Harjit masing-masing dibenarkan ikat jamin sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin dan RM180,000 dan dua penjamin. Mereka juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport.
Kesalahan memaklumkan maklumat material bukan awam di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebhi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Kesalahan memperoleh saham ketika memiliki maklumat dalaman boleh dihukum dengan penalti yang sama.