SC Kenakan Pertuduhan ke atas Bekas Perunding Unit Amanah kerana Menipu Pelabur
14 Februari 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan ke atas seorang bekas perunding unit amanah Afkariah binti Md Norani kelmarin kerana menggunakan wang yang diterima daripada orang awam untuk berdagang dalam akaun peribadi dagangan sahamnya.

Afkariah, juga dikenali sebagai Dr Afkar Norani, dikenakan pertuduhan menipu dalam pelaburan empat individu berjumlah RM50,000 antara Ogos 2015 dan November 2016.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi empat pertuduhan di bawah subseksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Jika didapati bersalah, dia menghadapi hukuman penjara tidak melebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Afkariah didakwa mengemukakan kepada pelabur tersebut satu skim pelaburan di bawah RHB Investment Bank Bhd (RHBIBB), walhal skim itu tidak wujud di RHBIBB. Wang yang didepositkan kemudiannya telah digunakan untuk urus niaga saham dalam akaunnya sendiri di RHBIBB.

Mahkamah Sesyen membenarkan ikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin. Afkariah juga dikehendaki menyerahkan pasportnya dan melapor kepada Pegawai Penyiasat SC sebulan sekali sehingga selesai perbicaraan.

SC ingin mengingatkan semua pelabur agar berhati-hati sebelum melabur wang mereka. Orang ramai boleh merujuk senarai waspada SC bagi senarai laman sesawang, produk, syarikat dan individu yang tidak diberi kebenaran. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Pengguna & Pelabur di talian 03-6204 8999 / [email protected] untuk maklumat lanjut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup