SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Akauntan Kumpulan Asia Media Group Bhd
1 Oktober 2021

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan terhadap bekas Akauntan Kumpulan Asia Media Group Bhd (AMGB) Ong Kar Kian (Ken Ong), 40, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin, kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia berkaitan pendapatan AMGB sebanyak RM11,127,000, satu kesalahan di bawah seksyen 369(b)(B) CMSA.
Kenyataan palsu berkaitan pendapatan AMBG tersebut terkandung di dalam Laporan Suku Tahun AMGB mengenai Keputusan Kewangan yang Disatukan bagi Suku Tahun keempat yang berakhir pada 31 Disember 2015.

Jika sabit kesalahan, Ken Ong boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kamarudin bin Kamsun membenarkan ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin dengan syarat Ken Ong menyerahkan pasportnya kepada Mahkamah.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup