Ismail Basir juga telah mendakwa bahawa dia mewakili KOPRO dan seorang remisier, sedangkan dia tidak pernah dilesenkan oleh SC. KOPRO ialah sebuah badan koperasi yang ditubuhkan bagi kakitangan Proton Holdings Bhd.
Ismal telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA). Setiap kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta.
Ismail yang tidak diwakili peguam, hari ini mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh melapor kepada Pegawai Penyiasat SC pada minggu pertama setiap bulan sehingga tamat perbicaraan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA