SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Pengerusi Three-A Resources Bhd kerana Dagangan Orang Dalam
13 Februari 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap Pengerusi Three-A Resources Bhd (3A) dengan dagangan orang di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007 (CMSA). Dato' Mohd Nor Abdul Wahid, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperoleh 500,000 unit saham 3A pada 5 Oktober 2009 ketika memiliki maklumat material bukan awam.

SC mendakwa bahawa maklumat bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan cadangan usaha sama kolektif antara perniagaan 3A dan Wilmar International Limited (Wilmar) yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 5 Oktober 2009. Mohd Nor kini merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas 3A, dan bekas Pengerusi Eksekutif ketika itu.

Mohd Nor didakwa telah memperoleh saham 3A melalui akaun Azuzay Zamani. Azuzay, 43, didakwa membenarkan Mohd Nor memfailkan pengambilalihan saham 3A dalam akaunnya, satu kesalahan di bawah seksyen 29A Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Pertuduhan terhadap Mohd Nor dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mahazan Mat Taib manakala Azuzay dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dato' Habibah Mohamed Yusof. Kedua-duanya memohon agar dibicarakan atas pertuduhan terhadap mereka. Mohd Nor dan Azuzay dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin. Mereka juga diperintahkan agar menyerahkan pasport mereka.Kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Kesalahan di bawah seksyen 29A SICDA boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Kesalahan di bawah seksyen 29A SICDA boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup