SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Pengurus Dana Tidak Berlesen
Maklumat daripada orang awam bantu pasukan penyiasat
24 Mac 2021  |   Johor Bahru

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan pertuduhan terhadap Uzir bin Abdul Samad, 49, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini, kerana tiga kesalahan berkaitan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.
Uzir, selama ini bebas sejak 2016, ditahan kelmarin di kediamannya di Selangor susulan maklumat daripada pihak awam. SC telah menyenaraikan Uzir sebagai individu yang dikehendaki sejak 2016 selepas mendapat waran tangkap terhadapnya.

Uzir yang merupakan bekas pengarah UAS Bistari Management Sdn Bhd dikenakan pertuduhan kerana mengaku sebagai pengurus dana walhal dia tidak dilesenkan oleh SC untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana yang dikawal selia. Ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dia turut dikenakan pertuduhan atas dua kesalahan di bawah seksyen 362(3) CMSA kerana menggunakan gelaran "Pengurus Dana" dan "Pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Suruhanjaya Sekuriti” dengan tujuan mendapatkan kepercayaan bahawa dia dilesenkan untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana. Kesalahan-kesalahan ini boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, bagi setiap kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Tuan Aizatul Akmal bin Maharani bersetuju dengan pengemukaan pihak pendakwaan bahawa Uzir merupakan individu yang berisiko melarikan diri, dan menolak ikat jamin Uzir sementara menunggu perbicaraan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup