SC kukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa EU bagi pemantauan pengawalseliaan
20 Ogos 2013   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menandatangani siri Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pengawal selia sekuriti Kesatuan Eropah (EU) bagi kerjasama terhadap pengawasan tawaran dana pelaburan alternatif rentas sempadan, seperti yang ditetapkan di bawah Arahan Pengurus-pengurus Dana Pelaburan Alternatif (AIFM) EU.

Bawah pengaturan ini, SC telah menandatangani MoU dengan 24 negara iaitu Austria, Belgium, Bulgaria, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Spain, Sweden dan United Kingdom.

Penandatangan MoU tersebut bersetuju menyediakan bantuan bersama dalam penyeliaan dan pengawasan terhadap pengurus-pengurus dana pelaburan alternatif, delegasi dan depositori mereka yang beroperasi atas dasar rentas sempadan bagi menjaga kepentingan perlindungan pelabur, memupuk integriti pasaran dan kewangan dan mengekalkan keyakinan dan kestabilan sistemik.

Pengaturan penyeliaan ini akan merintis jalan untuk pengurus dana Malaysia menjalankan aktiviti pengurusan dana bagi pihak EU untuk mengurus dan memasarkan dana pelaburan alternatif dalam EU. Pengurus dana EU juga boleh menguruskan dana pelaburan alternatif Malaysia, menyediakan ruang bagi Malaysia untuk menarik modal antarabangsa daripada pelabur asing.

Industri pengurusan dana telah berkembang kepada lebih daripada RM550 bilion dengan 81 pengurus dana berlesen berpotensi untuk memperoleh manfaat daripada pengaturan rentas sempadan tersebut. Sambil industri pengurusan dana Malaysia bergerak ke arah pengantarabangsaan yang lebih besar, penting untuk kita mempunyai kerjasama dan sefahaman dengan pihak berkuasa asing bagi memudahcarakan pembangunan dan pertumbuhan industri yang lebih teratur.

Sebelum ini SC telah mempunyai persetujuan kerjasama pemantauan dengan pihak berkuasa dari Luxembourg dan Ireland untuk memudahcarakan peluang rentas sempadan untuk industri pengurusan dana. SC juga mempunyai persetujuan pengiktirafan bersama dengan rakan pengawal selia di Hong Kong dan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai bagi membolehkan pengedaran dan pemasaran dana Islam di antara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut. 

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup