SC Laksana Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah
22 Julai 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan melaksanakan pelan tindakan dengan matlamat utama untuk menyokong Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan (2019-2023) (NACP) dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tinjauan dwitahunan Corporate Governance Watch oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia.

SC mengemukakan pelan tindakannya kepada Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pencegahan Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Julai 2019, dengan cadangan untuk memperkukuh standard tadbir urus korporat untuk mencegah amalan rasuah, salah laku dan penipuan.

JKKMAR telah meluluskan cadangan SC untuk menghendaki syarikat-syarikat tersenarai agar menyediakan langkah pencegahan rasuah, dan bagi SC untuk membangunkan rangka kerja untuk menggalakkan pelaksanaan tanggungjawab pengarah dengan berkesan. JKKMAR juga bersetuju bahawa beberapa langkah lain yang dicadangkan oleh SC akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Pejabat Pengurusan Hutang.

Susulan berkuatkuasanya peruntukan liabiliti korporat dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 pada Jun 2020, SC menggesa syarikat-syarikat tersenarai untuk bersedia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk mewujudkan rangka kerja pencegahan rasuah yang berkesan sejajar dengan Garis Panduan Tatacara Mencukupi.

Berdasarkan semakan SC pada 31 Mei 2019, hanya 59% syarikat tersenarai mempunyai polisi pencegahan rasuah, dan kebanyakan polisi tersebut mengandungi kekurangan jika dibandingkan dengan Garis Panduan Tatacara Mencukupi.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SECURITIES COMMISSION MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup