Kuala Lumpur, 28 Mac 2001
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melantik sebuah Majlis Penasihat Pasaran Modal untuk menasihati Suruhanjaya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal.
Dato' Azman Yahya, Pengarah Urusan, Pengurusan Danaharta Nasional Bhd;
Tan Sri Dato' Francis Yeoh, Pengarah Urusan, YTL Corporation Berhad;
Dr. R. Thillainathan, Pengerusi, Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) dan Pengarah Kewangan, Genting Berhad;
Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB), Pengerusi Eksekutif, PricewaterhouseCoopers;
Dato' Megat Najmuddin Megat Khas, Presiden, Institut Tadbirurus Korporat Malaysia (MICG), Pengerusi, Persekutuan Syarikat Awam Tersenarai dan Pengerusi Asian-Pac Holdings Bhd;
Datuk Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi, Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM) dan Pengarah Urusan, Mohaiyani Securities Sdn Bhd;
Dato' Abdul Azim Mohd Zabidi, Presiden, Persekutuan Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM) dan Pengerusi, Bank Simpanan Nasional;
Encik Iskander Ismail, Pengerusi, Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM) dan Pengarah Eksekutif, Amanah SSCM Asset Management Sdn Bhd;
Dato' Hwang Sing Lue, Pengarah Urusan, Hwang-DBS Securities Bhd;
Dato' Dr Abdul Halim bin Haji Ismail, Pengerusi Eksekutif, BIMB Securities Sdn Bhd;
Encik Jeyaratnam Tamotharam Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Merchant Bank Berhad;
Encik Hamzah Mahmood, Pengarah, Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd;
Cik Chok Kwee Bee, Pengarah Eksekutif, BI Walden Management Sdn Bhd;
Encik Stephen Taran, Pengarah Urusan, Corporate Bond Research & Research & Global Head of Sovereign Credit Research, Salomon Smith Barney New York; dan
Encik Takashi Tsutsui, Ahli Lembaga Pengarah Urusan (Global Equity), The Nomura Securities Co, Ltd, Japan.Pelan Induk Pasaran Modal menentukan kedudukan strategik dan hala tuju masa hadapan perkembangan pasaran modal Malaysia, dan bermatlamat memastikan pasaran modal bersedia sepenuhnya untuk memainkan peranannya dalam, antara lain, menyokong keperluan dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negara dan menghadapi cabaran persaingan serantau dan peningkatan globalisasi. Ia mengandungi 152 cadangan yang berkaitan dengan enam objektif teras dan 24 inisiatif strategik yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa untuk 10 tahun akan datang.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA