SC lantik Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin sebagai pengarah eksekutif Penguatkuasaan
1 Oktober 2012   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2012. Sebagai Pengarah Eksekutif yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan, Ahmad Fairuz akan mengetuai pasukan penyiasatan, pendakwaan dan penguatkuasaan sivil.

Ahmad Fairuz, yang mempunyai kelayakan sebagai Barrister-At-Law (Lincolns Inn) pada tahun 1993, mempunyai 18 tahun pengalaman dalam sektor awam dan sektor swasta. Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Beliau telah diterima ke dalam Badan Peguam Malaysia pada tahun 2008 sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya dan memperoleh Sarjana dalam Kehakiman Jenayah (Universiti Malaya) pada tahun 2008, serta Sarjana Pendakwaan (University of Wollongong, Australia), pada tahun 2009.

Ahmad Fairuz kemudiannya beralih kepada industri Minyak dan Gas dalam bulan November 2008, bermula dengan Exxon Mobil dan anak syarikatnya di Malaysia. Jawatan terakhirnya adalah sebagai Penasihat undang-undang bagi anak syarikat Petron di Malaysia. 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup