SC Lantik Dua Pengarah Eksekutif
8 April 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Chin Wei Min sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa 4 April 2016.

Kamarudin Hashim yang telah berkhidmat dengan SC sejak 1993 mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk derivatif, bon, pengurusan dana, pasaran modal Islam dan penyeliaan. Beliau sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Suruhanjaya dan dipinjamkan ke Citibank Bhd di mana beliau terlibat dalam transaksi bon dan sukuk dan pada masa yang sama menyokong perniagaan kewangan Islam serantau bank tersebut. Sebelum menyertai SC, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam Undang-undang daripada University of Kent, UK.

Chin Wei Min mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor kewangan terutamanya dalam segmen inovasi dan digital. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Asia Pasifik bagi Industri Pasaran Modal di Accenture. Chin akan mengetuai jabatan Inovasi dan Strategi Digital SC yang baru ditubuhkan dan juga menyelia jabatan Pengurusan Data, Strategi dan Risiko. Chin, Perancang Kewangan Bertauliah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Penerbangan daripada University of Salford, UK.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup