SC Lantik Goh Ching Yin Sebagai Pengarah Eksekutif

Kuala Lumpur, 1 Mac 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) melantik Goh Ching Yin, 49, sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengerusi. Pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 1 Mac 2007.

Goh menggantikan Dato’ Siow Kim Lun yang bersara pada bulan Disember 2006 selepas berkhidmat selama 13 tahun. Sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengerusi, Goh bertanggungjawab, antara lain, ke atas projek-projek khas di SC.

Sebelum menyertai SC, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Investment Bank Berhad. Beliau mempunyai lebih 29 tahun pengalaman dalam pelbagai jawatan kepimpinan dan pengurusan dalam perbankan pelaburan, pembangunan perniagaan serantau, perundingan strategik, pemulihan dan ketaksolvenan korporat; serta pengauditan.

Goh bertanggungjawab terhadap penubuhan bahagian kewangan korporat bagi BNP Paribas Group di Malaysia dan merupakan Pengarah Urusan Kewangan Korporat Kumpulan tersebut dari bulan Mei 2000 hingga Disember 2004. Beliau juga telah memegang jawatan kanan di RHB Sakura Merchant Bankers Bhd dan Renong Group Bhd antara tahun 1993 hingga 2000.

Goh memiliki MBA dari Cranfield School of Management.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup