SC Lantik Timbalan Ketua Eksekutif Baharu
4 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengumumkan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melantik Ahmad Fairuz Zainol Abidin sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) SC yang baharu berkuat kuasa dari 1 April 2016.

Ahmad Fairuz menggantikan Dato Dr Nik Ramlah Mahmood yang akan bersara pada 31 Mac 2016 setelah berkhidmat dengan SC selama 23 tahun, dan selama empat tahun sebagai DCE.

Ahmad Fairuz ketika ini ialah Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan SC dan Timbalan Pendakwa Raya.

Sebagai DCE, portfolio beliau akan merangkumi penyeliaan fungsi Penguatkuasaan, Pengawasan Pengantara dan Dana, serta Pengawasan Pasaran dan Korporat.

Ahmad Fairuz, 46, berkelayakan sebagai Barrister-At-Law (Lincolns Inn). Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor awam dan swasta termasuk lebih 14 tahun sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pejabat Peguam Negara.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian daripada University of Wales college of Cardiff, United Kingdom pada 1992. Beliau juga memegang ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari Universiti Malaya serta ijazah Sarjana Pendakwaan dari University of Wollongong, Australia. Beliau merupakan Felo Chevening setelah mengikuti program felo di University of Birmingham, United Kingdom di bawah naungan Kerajaan UK. Beliau diterima oleh Badan Peguam Malaysia pada 2008 sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya.

Ahmad Fairuz kemudiannya menyertai industri Minyak dan Gas pada November 2008, bermula dengan Exxon Mobil dan subsidiarinya di Malaysia. Jawatan terakhir yang dipegangnya adalah sebagai Penasihat Undang-Undang subsidiari Petron di Malaysia sebelum menyertai SC pada 2012.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup