SC Longgarkan Pengawalseliaan Skim Persaraan Swasta untuk Tingkatkan Daya Saing Industri
21 Februari 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan langkah-langkah liberalisasi Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk memacu daya saing industri.

Untuk meningkatkan pertumbuhan jangka panjang untuk ahli-ahli PRS, langkah-langkah tersebut akan memberikan lebih kelonggaran dalam peruntukan aset untuk dana PRS, seperti membenarkan dana konservatif dilabur dalam pasaran asing dan dana PRS melabur dalam dana dagangan bursa berdasarkan emas fizikal untuk meningkatkan kepelbagaian aset dalam pelaburan alternatif.

"Industri PRS menawarkan saluran alternatif untuk menambah simpanan persaraan mereka. Langkah-langkah ini telah diguna pakai selepas proses semakan oleh SC, melalui perundingan bersama industri dan Pentadbir Pencen Swasta, untuk menggalakkan ahli-ahli PRS meningkatkan pelaburan mereka. Sementara itu, PRS juga membolehkan ahli-ahlinya mengakses dana untuk meringankan beban kewangan ketika mereka memerlukannya," menurut Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.

Memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia yang lebih panjang, penyedia PRS kini perlu secara beransur-ansur memindahkan pelaburan ahli-ahlinya kepada dana kurang berisiko mengikut umur mereka, bersesuaian dengan kadar toleransi risiko mereka. Ini akan membantu mengurangkan pendedahan risiko pasaran bagi ahli yang memilih dana tersedia atau ‘default fund’ (pertumbuhan, sederhana dan konservatif) yang sesuai dengan usia mereka.

Berikutan pengumuman Bajet 2020, ahli PRS kini boleh membuat pengeluaran pra-persaraan tanpa dikenakan penalti cukai untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perumahan. Ahli-ahli dibenarkan membuat pengeluaran untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat yang meliputi 91 jenis penyakit dan pembiayaian peralatan perubatan atau ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit yang diluluskan. Pengeluaran untuk perumahan meliputi pembiayaan atau pembelian harta kediaman, atau pengurangan pinjaman perumahan. Butiran lanjut mengenai langkah-langkah penarikan boleh didapati di laman sesawang Pentadbir Pencen Swasta (Private Pension Administrator atau PPA).

PRS merupakan skim simpanan caruman jangka panjang dan pelaburan sukarela yang ditubuhkan oleh SC pada 2012 untuk membantu orang ramai menabung untuk persaraan mereka. Kini terdapat lapan penyedia PRS yang memberi perkhidmatan kepada lebih 455,000 ahli di seluruh negara. Setakat akhir 2019, jumlah keseluruhan industri ini adalah sebanyak RM3.5 bilion.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup