SC Lulus BNP Paribas & Nomura sebagai Pengurus Dana Asing di bawah Skim Khas

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2006

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan penubuhan BNP Paribas Asset Management (BNPPAM) dan Nomura Asset Management (NAM) sebagai syarikat pengurusan dana asing di bawah skim khas.

Pengembangan pembabitan peringkat antarabangsa dalam pasaran modal Malaysia ini adalah bagi mempercepat pertumbuhan industri pengurusan pelaburan dan sejajar dengan objektif Pelan Induk Pasaran Modal.

Pembabitan pengurus dana antarabangsa akan melengkapi model perniagaan dan keupayaan pengurus dana tempatan dan menyediakan rangkaian perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada pelabur.

BNPPAM merupakan firma pengurusan aset Eropah yang terkemuka. Kumpulan syarikatnya terdiri daripada firma pakar pengurusan aset dengan kepakaran produk dalam rangkaian produk dan kelas aset yang luas. BNPPAM mempunyai pusat pengurusan aset yang beroperasi di 24 buah negara merangkumi Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

NAM merupakan firma pengurusan pelaburan di Jepun dengan kewujudan peringkat global di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Ia mempunyai kekuatan dalam pengurusan kelas aset tradisional dan dalam pengurusan aset persaraan. NAM mempunyai pejabat pelaburan di Hong Kong, London, New York dan Singapura.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup