SC Luluskan Syarat-syarat Baru Kecukupan Modal untuk Industri Broker Saham

Kuala Lumpur, 2 Januari 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telahpun meluluskan Syarat-syarat Kecukupan Modal bagi syarikat-syarikat broker saham pada 31 Disember 1998, yang akan memperbaiki tanda aras berhemat untuk mengekalkan keutuhan pasaran yang lebih baik di peringkat bursa dan rumah penjelasan. Syarat-syarat baru ini akan menggantikan peraturan Tabung Kecairan Minimum yang sedia ada sebaik sahaja ia dilaksanakan menerusi peraturan perniagaan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1999. Ini akan membolehkan BSKL dan syarikat-syarikat broker saham mengenalpasti secara lebih jelas modal yang ada untuk menampung risiko melaksanakan perniagaan sekuriti daripada tahap sebenar risiko yang dihadapi oleh perniagaan tersebut pada bila-bila masa.

Kelulusan bagi Syarat-syarat Kecukupan Modal ini jelas menandakan satu peristiwa penting dalam usaha berterusan pihak SC dalam membangunkan pengawalseliaan berhemat bagi pasaran modal Malaysia. Rangka kerja baru kecukupan modal yang berasaskan risiko, selaras dengan pendekatan-pendekatan semasa di peringkat antarabangsa, berfungsi atas dasar bahawa syarikat-syarikat broker saham yang lebih terdedah kepada risiko yang lebih besar memerlukan lebih banyak modal.

Satu aspek penting rangka kerja ini adalah ia mudah dilentur mengikut perubahan-perubahan pada profil risiko syarikat-syarikat broker saham. Pihak SC percaya bahawa penggunaan rangka kerja tersebut akan menggalakkan perantara-perantara pasaran untuk mengambil pendekatan yang lebih bersesuaian terhadap pengurusan risiko. Secara khususnya, syarikat-syarikat broker saham perlu menilai risiko buku dagangannya secara lebih kerap. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dato' Dr Mohd Munir Majid, Pengerusi SC pada bulan Julai 1998, "faedah turut diberikan kepada mereka yang mahir dalam mengenalpasti, menghitung dan mengurus risiko yang wujud dalam persekitaran."

Walau bagaimanapun, SC sedar bahawa untuk memastikan agar peraturan kekal bersesuaian meskipun aktiviti-aktiviti dalam pasaran bertukar menerusi masa, SC secara sendiri harus terus mengkaji semula dan meningkatkan pengawalseliaan berhemat bagi pasaran modal. Oleh yang demikian, SC akan mengawasi aktiviti-aktiviti perniagaan dan buku-buku dagangan syarikat-syarikat broker saham secara lebih terperinci; mengawasi evolusi piawaian kecukupan modal antarabangsa; dan meningkatkan kemahiran untuk menilai proses pengurusan risiko kuantitatif.

Selama beberapa tahun, SC telah mengenalpasti keperluan bagi satu rangka kerja kecukupan modal yang berasaskan risiko sebagai sebahagian daripada usaha yang diselaraskan untuk mewujudkan piawaian berhemat yang lebih bersesuaian dan baik dalam pasaran modal Malaysia dan dengan itu, menekankan keperluan mengadakan rangka kerja sedemikian.

Sepertimana yang diterangkan dalam Perutusan Pengerusi bagi laporan tahunan 1997, masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat broker saham semasa kegawatan pasaran telah menekankan kebergunaan pendekatan ini dan metodologi memastikan kecukupan modal. Bagi mencapai tujuan ini, pihak SC mengenalpasti peningkatan pengurusan risiko sistemik, dan kajian semula dan pentakrifan semula peranan dan tanggungjawab bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan lain-lain institusi pasaran sebagai pengawalselia barisan hadapan yang merupakan dua program penting di dalam pelan urusan SC.

Dalam memajukan BSKL ke arah mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah bursa yang terkenal di dunia, SC menyaksikan lebih banyak tatacara-tatacara penguatkuasaan dan pengawasan yang sofistikated dan ketat yang diperkenalkan oleh BSKL kepada pasaran saham, serta menanam disiplin pematuhan dan kawalan dalaman terhadap perantara-perantara pasaran. Seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi SC pada bulan November 1997, SC menghendaki supaya para pengawalselia barisan hadapan memberi penekanan, antara lain, terhadap meningkatkan pengurusan risiko sistemik yang bermaksud mereka harus menangani isu-isu seperti pengawasan antara pasaran, perkongsian maklumat institusi, cara-cara mengendalikan situasi kecemasan, kecukupan modal serta perlindungan pengguna. Berdasarkan skop pengurusan risiko sistemik yang luas ini, pihak SC telah mengarahkan BSKL supaya memulakan satu projek berkaitan kecukupan modal untuk syarikat-syarikat broker saham. Syarat-syarat baru Kecukupan Modal kini membentuk satu tiang tunggak bagi peningkatan sistem pengurusan risiko sistemik yang akan turut menyaksikan pengenalan peraturan-peraturan baru berhubung wang klien dan aset pelanggan serta peraturan pengamalan penjualan terbaik.

Manakala peraturan-peraturan baru atau lain-lain kombinasi pendekatan pengawalseliaan bukan merupakan jaminan yang menentang kegagalan sistemik atau gangguan pasaran, SC dan para pengawalselia barisan hadapan akan terus melaksanakan peningkatan-peningkatan yang sepatutnya untuk mengurangkan risiko-risiko sedemikian yang dihadapi oleh bursa-bursa dan institusi-institusi pasaran yang lain. Walaupun ia amat penting, syarat-syarat kewangan berhemat seperti Syarat-syarat Kecukupan Modal yang baru adalah satu aspek pengawalseliaan berhemat dan kewangan yang sama-sama membantu memastikan kestabilan sistemik dan keutuhan kewangan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk pertanyaan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di no. tel. (603) 2507510 atau no. faks (603) 2536184.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup