SC Melancarkan SRI Roadmap untuk Pasaran Modal bagi Memacu Pembangunan Mampan Malaysia
26 November 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan Roadmap Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab untuk Pasaran Modal Malaysia (SRI Roadmap) yang bertujuan mewujudkan ekosistem SRI bagi memudah cara dan memacu peranan pasaran modal dalam meningkatkan pembangunan mampan Malaysia.

“Kemampanan adalah agenda global utama bagi menangani isu-isu terkini yang mempengaruhi masyarakat seperti pemberantasan kemiskinan, menyediakan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta menangani perubahan iklim," kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC

Dianggarkan bahawa dalam sepuluh tahun akan datang, dunia memerlukan kira-kira dolar AS5 hingga AS7 trilion setiap tahun untuk membiayai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu manakala di Malaysia, dalam jangkaan tempoh lima tahun akan datang, pasaran memerlukan RM45 bilion untuk membiayai matlamat pembangunan jangka panjang.

“Pasaran modal dapat memainkan peranan penting untuk menangani jurang ini terutama dalam sektor hijau, sosial dan mampan," tambah Datuk Syed Zaid Albar.

Untuk mencapai tujuan ini, SRI Roadmap lima tahun ini telah mengenal pasti 20 cadangan strategik untuk memacu pembangunan ekosistem SRI yang memudah cara dan bersemangat dan meletakkan Malaysia sebagai pusat SRI di rantau ini. Ini termasuk meluaskan pelbagai instrumen SRI, meningkatkan asas pelabur SRI, membina asas penerbit SRI yang kuat, menanamkan budaya tadbir urus dalaman yang kuat, dan mereka bentuk seni bina maklumat dalam ekosistem SRI.

SRI Roadmap dibina atas inisiatif SC bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pelaburan mampan, juga merangkumi Rangka Kerja Sukuk SRI yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 untuk memudah cara pembiayaan inisiatif untuk memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat.

Salah satu inisiatif segera yang diperkenalkan dibawah SRI Roadmap adalah semakan Rangka Kerja Sukuk SRI SC, yang akan dikeluarkan secara serentak pada hari ini. Rangka Kerja Sukuk SRI yang dikemas kini memperluaskan senarai projek SRI yang menepati kelayakan, keperluan pendedahan dan pelaporan yang dipertingkatkan, serta menjelaskan peranan penyemak luaran. SC juga mengeluarkan risalah untuk membimbing pihak berkepentingan dan orang ramai mengenai ciri-ciri utama rangka kerja yang disemak semula.

Sehingga Oktober tahun ini, secara kumulatif terdapat 10 sukuk SRI dengan terbitan berjumlah RM4.3 bilion. Ini termasuk sukuk SRI hijau pertama di dunia untuk membiayai projek tenaga boleh diperbaharui, dan penerbitan sukuk sosial untuk membiayai pembangunan sekolah amanah.

Garis Panduan SRI Roadmap dan Rangka Kerja Sukuk SRI boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup