SC melantik Ong Liang Heng sebagai Pengarah Eksekutif Baharu
7 Januari 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Ong Liang Heng sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa 4 Januari 2019.

Ong akan bertanggungjawab ke atas, antara lain, projek-projek khas dan inisiatif di SC. Beliau juga akan terbabit secara aktif dalam penglibatan dan penyelarasan bersama pihak berkepentingan untuk membangunkan cadangan atau dasar baharu untuk kemajuan pasaran modal Malaysia.

Sebagai seorang akauntan terlatih, Ong mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang kewangan korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Sosial dari University of Manchester, United Kingdom. Sebelum menyertai SC, beliau merupakan pengarah urusan kanan di CIMB Bank.
Ong Liang Heng
Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengerusi

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup