SC melantik Pengarah Eksekutif Terbitan Sekuriti dan Pelaburan baru
31 Julai 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Encik Eugene Wong Weng Soon sebagai Pengarah Eksekutif Bahagian Terbitan Sekuriti dan Pelaburan, berkuatkuasa pada 1 Ogos 2009.

Encik Wong menggantikan Datuk Kris Azman Abdullah, yang meninggalkan SC pada 31 Julai 2009 selepas berkhidmat selama 5.5 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau di SC, Datuk Kris telah memberikan sumbangan besar terhadap banyak inisiatif utama SC, terutama dalam pembangunan pasaran modal primer.

Sebelum menyertai SC, Encik Wong adalah Pengarah Eksekutif Deloitte Corporate Advisory Services Sdn Bhd. Beliau juga pernah menjadi Ketua Perbankan Pelaburan yang memantau kawasan Asia Pasifik bagi sebuah bank Islam antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia.

Encik Wong, yang merupakan ahli Insitut Akauntan Malaysia dan Felow bagi Institut Akuantan Berkanun di Australia dan CPA Australia, mempunyai pengalaman luas dalam kewangan korporat, perbankan pelaburan, khidmat penasihat korporat, kewangan Islam dan audit.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup