SC Meluluskan Permohonan Nomura untuk Menubuhkan Syarikat Pembrokeran Saham

Kuala Lumpur , 25 September 2008

SC telah meluluskan permohonan Nomura Group untuk menubuhkan sebuah syarikat pembrokeran saham di Malaysia.

Lesen yang diberikan adalah antara tiga lesen pembrokeran saham yang diperuntukkan kepada syarikat-syarikat terkemuka pembrokeran saham ekoran daripada langkah yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2008 bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

Pengerusi SC, Dato’ Zarinah Anwar berkata, “Kewujudan Nomura di Malaysia dijangka dapat menggalakkan lagi aliran dana yang lebih besar daripada rangkain global Nomura termasuk dari Jepun dan Timur Tengah, dan menggalakkan pasaran modal Malaysia kepada pelabur global.”

Dalam memberikan kelulusan tersebut, SC telah menimbangkan, antara lain, skop operasi yang akan dilaksanakan oleh Nomura di Malaysia, pengalaman pembrokeran saham dan pasaran modal, kepakaran dan kedudukan geografi.

Nomura dijangka akan memainkan peranan utama dalam menggalakkan pengantaraan dana dari Timur Tengah ke Malaysia memandangkan ia kini beroperasi di Timur Tengah. Kumpulan tersebut baru-baru ini telah diberikan kelulusan untuk membuka bank pelaburan di Arab Saudi.

Nomura menerajui pasaran sekuriti Jepun dan telah meletakkan dirinya sebagai antara bank pelaburan global terkemuka, dengan perkhidmatan di pasaran modal utama di Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat. Kumpulan syarikatnya termasuklah Instinet Inc, sebuah platform dagangan merentasi Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Asia dengan akses kepada lebih daripada 80 pasaran sekuriti di seluruh dunia.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup